Sunday, October 11, 2009

4Stroke & 2Stroke, Mana yg lagi best??

4 stroke & 2 stroke. Mana satu yg best?

<< < (39/74) > >>

wng:
Quote from: fba76 on February 05, 2009, 07:14:23 pm

moto 4 stroke laju ke? moto cub pun kalau dah 2 stroke.... berdesuppppp.... ;D ;D

ui laju... dapat plak CBR150... :P

elinbiker:
Quote from: fba76 on February 05, 2009, 07:14:23 pm

moto 4 stroke laju ke? moto cub pun kalau dah 2 stroke.... berdesuppppp.... ;D ;D


muto cup 2 stroke berdesup laju boleh celen rxz ni..... ;D ;D ;D

kawa-boy:
dua2 pn best...

500cc GP dlu leh g 300kmh sama dgn 800cc MotoGP skrg.. :o

2stroke--NSR 500cc doohan
4stroke--Hayabusa 1300

ape mcm?

hehehe... ;D

wng:
Quote from: elinbiker on February 05, 2009, 08:27:05 pm

muto cup 2 stroke berdesup laju boleh celen rxz ni..... ;D ;D ;D

moto suzuki RC, mane bley celen itu CBR150r.... :P

wak_amat:
Quote from: kawa-boy on February 05, 2009, 09:09:27 pm

dua2 pn best...

500cc GP dlu leh g 300kmh sama dgn 800cc MotoGP skrg.. :o

2stroke--NSR 500cc doohan
4stroke--Hayabusa 1300

ape mcm?

hehehe... ;D

Nak compare 2stroke dengan 4stroke, takleh lah compare setakat cc je. faktor2 lain nak kena ambil kira juga. antaranya

1. bilangan silinder -
2. bore x stroke
3. saiz liang kemasukan udara dan ekzos
4. aksesori bantuan intake dan ekzos

1. bilangan silinder. Biasanya kalau enjin cuma satu silinder, enjin to berat dan boleh beroperasi pada rpm yang rendah, sebab beratnya piston dan jarak nak naik dan turun yang panjang, inertia tiinggi nak tolak dan hentikan piston tu dan tolak balik ke arah berlawanan. engkol takde hal, tak kisah punya. Kalau buat silinder lagi, piston dapat dikecilkan, diringankan dan jarak naik/turun pun dikurangkan, inertia dapat direndahkan. Jadi dapatlah enjin kerja kat rpm tinggi lagi, lagilah power.
Kalau semua sama, umumnya 2stroke akan lebih power sebab bakar 2 kali banding 4stroke bakar sekali setiap pusingan. Tapi faktor lain kena ambil kira juga.

2. bore x stroke. untuk satu silinder, bore ngan stroke akan dimanipulasi, untuk hasilkan cc yang dikehendaki.
formula isipadu = pi x (bore/2) ^ 2 x stroke.
Kalau stroke panjang, maknanya panjanglah jarak piston nak naik, pecut, berenti, pecut turun, berenti balik.., jadi inertia lebih tinggi, sampai satu tahap rpm, tak boleh pegi lagi dah. Tu yang masuk tahap merah. Bahaya dah kat enjin. Kalau stroke lebih pendek, tahap rpm tu boleh lebih tinggi, walaupun kena pakai piston lebih besar.
Nak bagi cc sama, kalau stroke panjang, bore kena kecik sikit. nak stroke pendek, besarkan bore.
Stroke panjang kelebihannya tork yang bagus masa rpm rendah. Stroke pendek kelebihan boleh rpm tinggi, lagi power, lagi laju.
Jadi kalau kena enjin 2t stroke panjang, ngan 4t stroke pendek sama cc, 4-stroke tu boleh lagi power beb.

3. liang kemasukan udara dan keluaran ekzos.
4-stroke cuma ada permukaan atas silinder untuk letak liang kemasukan dan ekzos. Jadi ruang sangat terhad. Kalau 1 injap masuk dan 1 injap ekzos je, isipadu udara dan ekzos yang lalu jadi terhad pada kelajuan enjin yang tinggi. dah tu hampir hampagas pulak yang nak disedut. jadi pada rpm tinggi, isipadu udara dan petrol yang masuk sikit je, sikit jelah power dihasilkan, jadi takleh nak naik lagi.
2-stroke ada ruang keliling silinder boleh tebuk jadikan laluan udara masuk (atau port). Situ dah ada kelebihan laluan masuk yang besar banding 4stroke. salah satu sebab lagi 2-stroke lebih power. sebab dapat masukkan lebih udara & petrol. Dan boleh buat liang ekzos yang besar supaya lawas.
Dari segi ini, memang 2-stroke biasanya lebih lawas memasukkan udara ke ruang pembakaran. tapi malangnya terlalu lawas jugak, sebahagian campuran udara dan petrol terus keluar ke ekzos sebelum tertutup.
Sebabtu 4-stroke yang kuasa tinggi, pasang 4 injap, 5 injap satu silinder supaya lagi banyak udara dapat masuk ke ruang pembakaran.

Jadi kalau bandingkan 2-stroke 1 intake port (tak de kut) dengan 4-stroke 3 intake valve per silinder yang sama cc, sendiri mau fikirla. sapa lebih lawas.

4. aksesori kat intake dan ekzos.
enjin biasa takde aksesori kat intake. kaburetor terus je ke intake. Kalau ada turbo atau supercharger, adalah bantuan untuk masukkan udara lebih ke kebuk pembakaran. lagilah power.
EKZOS memainkan peranan penting pada kuasa enjin. Kalau 4-stroke, ekzos biasa tak memberi kesan sangat pada kuasa.
pada 2-stroke, ekzos yang ada expansion chamber sangat berperanan menambah kuasa, macam dapat suntikan steroid. ekzos yang keluar dari silinder akan bergerak keluar, tapi bila sampai ke kon, ia tendang balik dan jadi tekanan balik ke belakang dan tolak sebahagian gas ekzos masuk balik ke silinder, jadi kandungan udara/petrol dalam kebuk pembakaran bertambah, dan bertambahlah powernya.
oleh kerana ada tempoh antara ekzos tendang keluar dan tendang balik, ekzos chamber ni memberi kesan pada julat rpm tertentu, panjang atau pendek bergantung pada saiz chamber dan jarak chamber ke silinder. Kalau jauh chamber, bagus untuk rpm rendah, main tork. Bagi pendek, boost akan berlaku pada rpm lebih tinggi tapi pendek. tu yang tiba2 power mencanak pastu flat.
Tu jugak sebab motoGP 500cc kena ada 4 ekzos kalau dia 4 silinder, sebab kena ada chamber untuk tiap silinder masing2.

Apa kata kalau 2-stroke tu buh turbo lak, atau 2 stroke takde chamber...


Napa moto 500cc 2-stroke takleh makan 900cc 4-stroke?
sebab 4-stroke flat tork, kat rpm manapun boleh pecut & tarik.
2-stroke kena tunggu sampai rpm peak power baru dapat betul2 pecut, silap sikit ter wheelie pulak.... camana nak pecut.




Navigation

[0] Message Index

[#] Next page

[*] Previous page

No comments:

Post a Comment