Wednesday, October 28, 2009

Hitler Menghormati Islam??? Betul ke? cuba la baca kat bawah ni...

Hitler Menghormati Agama Islam!
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/6/66/Adolf_Hitler-1933.jpg

Sieg Heil!! Bila sebut Hitler, apa korang fikir? WWII? Holocaust? Nazi? Fuhrer? Banyak buku mnyenaraikan Hitler sebagai tyrant, diktator, gila perang dll.. Rmai berfikiran Hitler kejam..tapi hakikatnya..Hitler menghormati agama Islam...Ya!! bahkan Hitler sendiri prnah bertemu dgn Mufti Baitul Maqdis dulu!!! X Percaya???!! Ni buktinya!!


File:Bundesarchiv Bild 146-1987-004-09A, Amin al Husseini und Adolf Hitler.jpg
The Mufti asked Hitler to back Arab independence and requested that Nazi Germany oppose, as part of the Pan-Arab struggle, the establishment of a Jewish national home in Palestine (the future creation of Israel)

Memang lar mereka bertemu ni ada motif tersendiri...tapi yg pasti Hitler menghormati Islam ...

Sejarah menyatakan Hitler ni beragama Kristian...tapi Hitler sendiri pernah menyatakannya secara peribadi:

Hitler stated in private, " The Mohammedan religion (Islam) would have been much more compatible to us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness ...

Ni plak satu artikel menarik:

Adolf Hitler tubuhkan divisyen tentera Islam

Dari arkib Bicara Agama, Utusan Malaysia

Satu pendedahan yang agak menggemparkan muncul baru-baru ini apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik di sebalik kajian IKAM terhadap data sejarah Operasi Divisyen Hanzar!

Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai siapakah sebenarnya
Adolf Hitler? Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang positif bagi
menggambarkan pemimpin Jerman semasa Perang Dunia Kedua ini. Bukan
sahaja negatif malah namanya masih dicaci sehingga hari ini kerana
tragedi holocaust. Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya angkara
perintah Hitler.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/1/13/Salute.jpg
Sieg Heil!!!

Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan sebaliknya terjadi. Hitler
didapati masih mempunyai nilai toleransi yang tinggi dengan membenarkan
penubuhan beberapa divisyen tentera beragama Islam di dalam kem atau
menjadi sebahagian daripada bala tentera nazi Jerman.

Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang komander divisyen Waften SS
(askar rakyat) Jerman, ada tiga divisyen Waffen SS yang 90 peratus
anggotanya beragama Islam. Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen
ini pula berjumlah 60,000 orang.

Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen SS ini, divisyen
tentera paling terkenal adalah Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar.
Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 peratus anggotanya
berbangsa Albania, Bosnia dan Croatia yang beragama Islam. Bakinya
orang Croat beragama Kristian Katolik yang berjumlah 21,000 orang.

Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian IKAM kerana ia sesuatu
yang sangat unik dan menakjubkan. Operasi tentera udara sukarela
Croatia berjaya menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera udara
Rusia (komunis) sedangkan kapal terbang mereka yang dimusnahkan tentera
udara Rusia kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia Kedua
tercetus di Balkan.

Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia yang bermaksud
parang. Parang hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan juga simbol
bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.

Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti pakaian rasmi Waffen
SS yang lain. Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar memakai
tarbus. Dari segi persenjataan, anggota pasukan ini juga dilengkapkan
dengan senjata seperti anggota Waffen SS lain.

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik ialah terdapat seorang
tokoh Islam yang mampu menjalinkan hubungan baik dengan Hitler. Dia
turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen Hanzar. Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin Al Husseini. Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab Palestin.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/75/MAal-Husayni.jpg/225px-MAal-Husayni.jpg

Mufti Besar Jerusalem @ Baitul Maqdis

Sepanjang Perang Dunia Kedua itu, Amin Al Husseini menetap di Jerman
bagi menentukan pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan polisi
Arab sehingga membawa kepada pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari
1943.

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan ketenteraan di Perancis
sebaik sahaja penubuhannya. Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari
1944. Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang gerila komunis
Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera Rusia.

Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan British yang ketika
itu menjajah Palestin, namun Amin Al Husseini merupakan seorang yang
sangat membela Islam. Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan
dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah setelah kaum itu gagal di
sekat memasuki wilayah Palestin.

Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun ketokohan Amin
Husseini sebagai pejuang Islam pada Perang Dunia Kedua sangat jarang
diketahui. Malah beliau seorang yang banyak berjasa menggerakkan
kebangkitan orang Islam selepas kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman)
di Palestin diikuti Mesir dan Iraq.

Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada pemimpin Pertubuhan
Pembebasan Palestin (PLO), Allahyarham Yassier Arafat dan ketua
pemimpin dan pejuang Islam yang lain.

Walaupun ada laman web yang memburuk-burukkan nama Amin Al Husseini
kerana dituduh terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di Balkan namun
paparan gambar sepanjang hayat beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu
menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar biasa terutama berjaya
menjalinkan satu hubungan dengan Hitler..

Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, adalah satu isu yang
sangat menarik apabila Hitler memberikan persetujuan untuk menubuhkan
Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap kegiatan anggota divisyen
berkenaan yang majoritinya terdiri daripada orang Islam.

“Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan bahawa Hitler adalah seorang diktator yang kejam dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan,
apa tah lagi Islam,” katanya dalam satu rencana yang disiarkan dalam
sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

Buku Tyrants oleh Clive Foss (aq cri kat kedai x jumpa) dgn buku Tyrants : History's Most Evil Despots oleh Nigel Cawthorne menggambarkan Hitler sebagai pemimpin terkejam dan dijadikan KULIT DEPAN BUKU2 ni...
http://ecx.images-amazon.com/images/I/51FHM3CZC1L._SS500_.jpg

Hitler dijadikan wajah utama dalam buku ini.. di bawah Hitler ialah gambar poster2 Stalin
http://ecx.images-amazon.com/images/I/51ZW3NH1SFL._SS500_.jpg

Hitler di barisan hadapan kulit buku...

Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau rejimen dalam Divisyen
Hanzar akan dilengkapi seorang imam dan seorang guru agama yang
bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen ini terus mengekalkan
cara hidup sebagai muslim.

“Di samping itu, divisyen ini kerap menerima kunjungan Mufti
Baitulmaqdis Imam Amin Al-Husseini yang melengkapkan pengisian rohani anggota divisyen ini,” katanya.

Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan tentera-tentera Nazi
dalam Perang Dunia Kedua itu, begitu juga nasib yang diterima oleh
tentera Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945
apabila pasukan tentera Jerman berundur dari Balkan. Lebih malang lagi
kesemua mereka kemudian dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh
British dan Rusia.

Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat. Ini kerana
hubungan baik Hitler dan Amin Al Husseini tentunya tidak terhad atas
kepentingan politik dan mengembangkan pengaruh masing-masing.

Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada
pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan
holocaustnya itu. Benarkah beliau sekejam itu?

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, Ahmadinejad baru-baru
ini mengenai sejauh mana kebenaran holocaust. Ujar pemimpin itu, jika
benar ia wujud maka itu sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.

“Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam yang terpaksa
menanggungnya. Namun, kita meyakini Barat sebenarnya telah berjaya
diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan negara Islam demi
kelangsungan rejim dan puak Israel,” katanya.

Ini adalah maklumat ttg Division Tentera Islam Nazi http://en.wikipedia.org/wiki/13th_Waffen_Mountain_Division_of_the_SS_Handschar_%281st_Croatian%29
Sememangnya kalau bukan alasan Holocaust dan WWII, Hitler dikatakan sebagai pemimpin terhebat dunia...

rujuk di : http://petikanbuku.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

No comments:

Post a Comment