Wednesday, October 28, 2009

Detik-Detik Penawan Kembali Jerusalem Kepada Islam

Peperangan Hittin telah menyerlahkan kecintaan Salahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulis bahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasa peperangan Hittin.

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Kadi Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan Baitul Muqaddis hinggakan bukit pun akan mengecut dari bebanan yang dibawa di dalam hatinya.

[vlcsnap-67799.png]

Salahuddin berhasil menghimpun pasukan yang terdiri atas para pemuda dari berbagai negeri Islam. Pasukan ini kemudian berperang melawan Pasukan Salib di Hattin (dekat Acre, kini dikuasai Israel). Orang-orang Kristian bahkan akhirnya terdesak dan terkurung di Baitul Maqdis.

Sebahagian besar pasukan Salib yang berada di Timur Tengah pada waktu itu dapat dikalahkan di perang Hattin ini, dan semuanya diperlakukan secara terhormat dan baik-baik termasuk Salib Salbut.

Dalam pertempuran di Hittin itulah kayu Salib Salbut (Salib al-Salbut, juga dikenali sebagai Holy Cross) , sebuah relik keramat milik pasukan Salib yang amat dihargai tentera Kristian yang dibawa ketika berperang ditawan tentera Muslimin.

Salib Salbut yang dibawa ketika berperang



[vlcsnap-15633.png]

[vlcsnap-15261.png]

[vlcsnap-15928.png]


Kononnya, jika Salib itu jatuh ke tangan musuh, alamatnya mereka akan tewas atau ditimpa bencana. Memanglah akhirnya mereka tewas di tangan tentera Muslimin..

Pada satu ketika setelah khemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perang dibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin dan Reginald dari Chatillon masuk ke khemahnya. Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya. Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald lalu berkata, “Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar dua kota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji.

Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammad atasnya”. Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggal kepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar oleh pengawal dari khemah.

Raja Palestin apabila melihat adiknya dipancung, ia menggeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba. Tetapi Salahuddin menjamin tidak akan mengapa-apakannya sambil berkata, “Bukanlah kelaziman seorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itu telah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilah apa yang telah terjadi”.

[vlcsnap-54493.png]
Reynald de Chatillon yang dibenci Salahuddin

[vlcsnap-55572.png]
Raja Guy de Lusignan (sebutnya Ge de Lusignion)

Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadaban Reginald kepada Islam dan Nabi Muhammad. Kadi Bahauddin bin Shaddad, penasihat kepercayaan Salahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestin diserang dicederakan tanpa belas kasihan oleh Reginald, di antara tawanannya merayu supaya mereka dikasihani.

Tetapi Reginald dengan angkuhnya mengatakan, “Mintalah kepada nabi kamu , Muhammad, untuk menyelamatkan kamu”. Apabila ia mendapat berita ini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengan tangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.

Tiga bulan setelah pertempuran Hattin, pada hari yang tepat sama ketika Nabi Muhammad diperjalankan dari Mekah ke Jerusalem dalam Isra’ Mi’raj, Salahuddin memasuki Baitul Maqdis. Kawasan ini akhirnya direbut kembali setelah 88 tahun berada dalam cengkaman musuh.

Dalam catatan Kadi Bahauddin ia menyatakan inilah kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-Orang biasa datang meraikan gembira kemenangan ini.


[vlcsnap-68116.png]

Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan Allah” telah memenuhi langit. Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddid.

Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan. Betapa hebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hebatnya hari itu.

----------
Sejarawan Inggeris, Karen Armstrong, menggambarkan, pada tanggal 2 Oktober 1187 itu, Salahuddin dan tenteranya memasuki Baitul Maqdis sebagai penakluk yang berpegang teguh pada ajaran Islam yang mulia. Tidak ada dendam untuk membalas pembantaian tahun 1099, seperti yang dianjurkan Al-Qur`an dalam surat An-Nahl ayat 127:

“Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaran itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.”

Permusuhan dihentikan dan Salahuddin menghentikan pembunuhan. Ini sesuai dengan firman dalam Al-Qur`an:

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan lagi, kecuali terhadap orang-orang yang zalim.” (Al-Baqarah: 193)

Setelah peperangan Hattin ini, hampir seluruh wilayah pasukan Salib dikuasai oleh Sultan Salahuddin kecuali Acre dan Tyre. Tak ada satu orang Kristian pun yang dibunuh dan tidak ada perampasan. Jumlah tebusan pun sengaja direndahkan. Pada masa inilah penjajahan bangsa Eropah secara besar-besaran ke Jerusalem dan sekitarnya berakhir.

rujuk di : http://petikanbuku.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

No comments:

Post a Comment